Carta pai
Carta pai

Carta pai

Carta pai adalah sebuah carta berbentuk bulatan yang dibahagikan kepada hirisan-hirisan untuk menggambarkan proporsi numerikal. Dalam sebuah carta pai, panjang arka setiap hirisan (dan dengan itu, sudut pusat dan luas), bekadar dengan kuatiti yang diwakili. Meskipun carta ini diberi nama karena kemiripannya dengan pai yang telah dihiris, terdapat variasi-variasi dalam cara gambaran. Carta pai terawal yang diketahui umumnya dipercayai terdapat pada Statistical Breviary karya William Playfair pada 1801.[2][3]Carta pai sangat banyak digunakan dalam alam pekerjaan dan media massa.[4] Walau bagaimanapun, carta ini telah dikritik,[5] dan banyak ahli menyarankan untuk menghindarinya,[6][7][8][9] kerana kajian telah menunjukkan bahawa sukar untuk membandingkan bahagian-bahagian yang berbeza dalam satu carta pai tertentu, serta dalam perbandingan data dalam kalangan carta pai berbeza. Carta pai boleh diganti dalam banyak hal dengan rajah lain seperti carta palang, carta batang-dan-daun dan plot titik.